26 July 2010

# 035 Kes kecurian di Sekolah Ugama PAPAUK , Kg.Mulaut

Satu Perjumpaan sengkat PKK Mulaut dengan Pihak Pengurusan Sekolah Ugama PAPAUK, Kg.Mulaut di adakan ptg hari ini untok mengetahui lebeh lanjut mengenai kes kecurian berkenaan. Hadir dalam perjumpaan ialah Pengurusi PKK Hj. Abdul Rahman , Hj. Alias dan Ketua Kampong Tuan Hj. Jait Hitam dan Pihak Sekolah, Guru Besar (Petang) Ustazah Hjh Norsiah dan Penulung guru Besar Ustaz Fauzi. Pihak sekolah memaklumkan atas kejadian pechah bilik dan kecurian beberapa set laptop komputer. Aduan telah pun di buat kepada Pihak polis Sengkurong. Beberapa pegawai dari Polis Sengkurong telah datang ke Sekolah untok membuat pemereksaan dan siasatan lanjutan. Pihak PKK menghulurkan kerjasama kepada pihak Sekolah untok sama menangani kejadian seperti di atas dan Pihak sekolah menyambut baik kerjasama yang di hulurkan.

04 June 2010

# 034 Kes tidur di longkang ( Mabok )

Pengurusi Pengawasan Kejiranan Kampong mendapati kira kira jam 10:00 malam 3 Jun 2010 , seorang lelaki tidur di dalam Longkang ,jalan Lampaki berdekatan Rumah Beliau, dan seterus nya menghubungi Pihak Polis Sengkurong. Beliau juga menghubungi Timbalan Pengurusi dan Setiausaha nya mengenai kejadian berkenaan. Kedua dua AJK Pengawasan Kejiranan kampong berkejar ke tempat kejadian untok sama sama menangani nya. Bantuan Pesokan skuad Polis tiba di tempat kejadian untok membuat keterangan ( Statement). Lelaki berkenaan diperchayai memandu dalam keadaan mabok, yang mengakibatkan kerita yang di pandu nya terbabas dari jalanraya. Isteri lelaki berkenaan berjaya di hubungi ( melalui no. telepon yg di berikan oleh lelaki itu sendiri ) oleh Pengurusi Pengawasan dan anak2 nya " membawa nya balik " ke rumah.Kes selesai di jam 11: 45 malam.

27 April 2010

# 033 Makluman BLOG Pengawasan Kejiranan Kampung Mulaut

Minit Makluman mengenai perkara di atas telah di buat pada 26 April 2010 dan di letakan di Papan makluman di Surau Kampong Mulaut. Sukacita mengalualukan ahli ahli Pengawasan kejiranan kg. Mulaut khusus nya dan para penduduk kampong Mulaut am nya, untok melayari blog berkenaan . Semoga dengan ada nya blog ini. pkmulaut.blogspot.com , aktibiti aktibiti, perundingan, perjumpaan, dialog dan sebagai dapat di ikuti bersama.




Hj.Alias Hj.Shari
Setiausaha PKK Mulaut
27 April 2010

23 February 2010

# 032 Perbarisan lalu Hari Kebangsaan yg ke 26


Wakil dari PKK Mulaut
maseh bersemangat, selepas Perbarisan



Ucapan Penghargaan dan terima kasih kepada ahli ahli PKK
dari ketua PRO, DSP Puan Hjh Nurhaida
, selepas Perbarisan


Sebahagian dari belia belia PKK ,
gembira dapat menyumbang sama di acara Perbarisan















Bersemangat untok melakukan barislalu
bilangan perserta seramai 120 orang





Riang gembira ke Perbarisan melalui kg. Sungai Kebun




Gambar2 Pesokan Pengawasan Kejiranan Kampong

20 February 2010

# 031 Latihan Penoh Pasukan Pengawasan Kejiranan Kampong bersempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke 26


Dari Kiri: Hj.Sani, Hj. Abu, Hj Hamdani, Hj.Abdul Rahman & Hj.Alias





Sebahagian dari gambar2 wakil dari Pengawasan Kejiranan Kampong

06 February 2010

# 029 Perjumpaan informal di antara Polis Perhubungan Awam dengan Pengawasan Kejiranan Kampong Kampong

Tempat : Bilik Mesyuarat Unit Polis Perhubungan Awam
Tarikh : 6 feb 2010
Jam : 2.00 ptg

Perjumpaan informal ini di Pengurusikan oleh DSP Puan Hjh Norhaida Hj.Abd.Hallim dan wakil wakil dari Pihak Pengawasan Kejiranan Kampong Kampong ( PKK )terdiri dari Kampong Mulaut ( hadir, Pengurusi Hj Abd Rahman dan setiausaha Hj Alias Hj Shari ), Kampong Sungai Kebun, Bolkiah A ,Bolkiah B, dan Rimba.

Urus Setia Mesyuarat,Tuan Zainal dan Srg Hadi dari Unit Polis Pehubungan Awam.

Mesyuarat bermula jam 2.15 ptg.

Tujuan utama perjumpaan ialah mengenai penglibatan barislalu PKK bersama Pesokan Polis Bahagian Perhubungan Awam,di upacara sambutan hari kebangsaan yg ke 26 nanti.

Sambutan akan di adakan di Taman Sir Muda Omar Ali,

Puan Pengurusi memaklumkan yang Quota hanya di hadkan dalam 100 perserta sahaja,
Sehubungan itu perundingan menetapkan jumlah perserta dari Kampong kampong di atas di buat secara awal dahulu( Tentative)dan Pengurusi Pengurusi dan wakil wakil utama PKK yang hadir di minta menetapkan nya selewat2 nya hari Isnin,13 hb.Feb ini.

Puan Pengurusi seterus nya memaklumkan terdapat beberapa tegoran mengenai image perserta PKK yang mengambil bahagian pada tahun lepas di mana ada beberapa perserta PKK menampilkan image yang kurang baik seperti berambut panjang dan sebagai nya. Oleh itu Puan pengurusi meminta Pengurusi Pengurusi PKK memestikan bakal perserta yang di senaraikan dalam baris lalu nanti menampilkan image dan adap kelakuan yang baik dan sopan.

Latihan akan bermula dari 13, 16,18 dan 20 Feb (Latihan Penoh) dan perserta akan berkumpul di kawasan Yayasan.

Tentatif senarai:

PKK Mulaut : 5 perserta
PKK Sungai Kebun : 17
PKK Bolkiah A : 21
PKK Bolkiah B : 30
PKK Rimba : 16
PKK Pudak * : ?

* Jemputan pertama kali

Baju dan cap akan di bagikan kepada perserta,
Seluar panjang Hitam dan Kasut warna hitam
dan tambahan bagi perempuan Tudung Puteh.

Mesyuarat di tamatkan jam 4.00 ptg

02 February 2010

# 028 Undangan Polis Diraja sempena 89 Tahun Penubuhan



Satu undangan dari Pihak Polis diraja Brunei ke perbarisan sempena hari jadi Penubuhan Polis Diraja yg ke 89 tahun, kepada ahli ahli Pengawasan kejiranan kampong Mulaut. Atas sebeb2 tertentu,dukacita undangan berkenaan tidak dapat di hadiri. Pada malam sebelum nya banjir kilat belaku lagi di beberapa kawasan rendah, termasok di beberapa kawasan Kg.Mulaut, dan di kawasan rumah saya sendiri turut terjejas.