Tempat : Bilik Mesyuarat Unit Polis Perhubungan Awam
Tarikh : 6 feb 2010
Jam : 2.00 ptg
Perjumpaan informal ini di Pengurusikan oleh DSP Puan Hjh Norhaida Hj.Abd.Hallim dan wakil wakil dari Pihak Pengawasan Kejiranan Kampong Kampong ( PKK )terdiri dari Kampong Mulaut ( hadir, Pengurusi Hj Abd Rahman dan setiausaha Hj Alias Hj Shari ), Kampong Sungai Kebun, Bolkiah A ,Bolkiah B, dan Rimba.
Urus Setia Mesyuarat,Tuan Zainal dan Srg Hadi dari Unit Polis Pehubungan Awam.
Mesyuarat bermula jam 2.15 ptg.
Tujuan utama perjumpaan ialah mengenai penglibatan barislalu PKK bersama Pesokan Polis Bahagian Perhubungan Awam,di upacara sambutan hari kebangsaan yg ke 26 nanti.
Sambutan akan di adakan di Taman Sir Muda Omar Ali,
Puan Pengurusi memaklumkan yang Quota hanya di hadkan dalam 100 perserta sahaja,
Sehubungan itu perundingan menetapkan jumlah perserta dari Kampong kampong di atas di buat secara awal dahulu( Tentative)dan Pengurusi Pengurusi dan wakil wakil utama PKK yang hadir di minta menetapkan nya selewat2 nya hari Isnin,13 hb.Feb ini.
Puan Pengurusi seterus nya memaklumkan terdapat beberapa tegoran mengenai image perserta PKK yang mengambil bahagian pada tahun lepas di mana ada beberapa perserta PKK menampilkan image yang kurang baik seperti berambut panjang dan sebagai nya. Oleh itu Puan pengurusi meminta Pengurusi Pengurusi PKK memestikan bakal perserta yang di senaraikan dalam baris lalu nanti menampilkan image dan adap kelakuan yang baik dan sopan.
Latihan akan bermula dari 13, 16,18 dan 20 Feb (Latihan Penoh) dan perserta akan berkumpul di kawasan Yayasan.
Tentatif senarai:
PKK Mulaut : 5 perserta
PKK Sungai Kebun : 17
PKK Bolkiah A : 21
PKK Bolkiah B : 30
PKK Rimba : 16
PKK Pudak * : ?
* Jemputan pertama kali
Baju dan cap akan di bagikan kepada perserta,
Seluar panjang Hitam dan Kasut warna hitam
dan tambahan bagi perempuan Tudung Puteh.
Mesyuarat di tamatkan jam 4.00 ptg