Satu Perjumpaan sengkat PKK Mulaut dengan Pihak Pengurusan Sekolah Ugama PAPAUK, Kg.Mulaut di adakan ptg hari ini untok mengetahui lebeh lanjut mengenai kes kecurian berkenaan. Hadir dalam perjumpaan ialah Pengurusi PKK Hj. Abdul Rahman , Hj. Alias dan Ketua Kampong Tuan Hj. Jait Hitam dan Pihak Sekolah, Guru Besar (Petang) Ustazah Hjh Norsiah dan Penulung guru Besar Ustaz Fauzi. Pihak sekolah memaklumkan atas kejadian pechah bilik dan kecurian beberapa set laptop komputer. Aduan telah pun di buat kepada Pihak polis Sengkurong. Beberapa pegawai dari Polis Sengkurong telah datang ke Sekolah untok membuat pemereksaan dan siasatan lanjutan. Pihak PKK menghulurkan kerjasama kepada pihak Sekolah untok sama menangani kejadian seperti di atas dan Pihak sekolah menyambut baik kerjasama yang di hulurkan.