24 April 2009

# 003 Teks dari BUKU Panduan Pengawasan Perundingan Kampong, terbitan Pasokan Polis Diraja Brunei





1.0 AHLI JAWATANKUASA
a.Penasihat
b.Pengurusi
c.Timbalan Pengurusi
d.Setiausaha
e. Ahli Pengawasan Kejiranan Kampong

1.1 SYARAT MENJADI AHLI

* Rakyat atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam

* Bermastautin di kampong Pengawasan Kejiranan Kampong ( PKK ) ditubuhkan

* Berumur 18 tahun ke atas

* Mempunyi rekod berseh daripada jenayah dan keselamatan

* Terbuka kepada lelaki dan perempuan


1.2 PERATURAN MENJADI AHLI

* Perlantikan pengurusi adalah melalui pemilihan atau lantikan Pasokan Polis Diraja Brunei

*Lencana (Badge) PKK tidak boleh di tukar milik

*Jika ahli hendak menyerahkan lencana PKK kepada pengurusi dan jika ahli tersebut berhasrat untok menjadi ahli PKK di tempat ia bermastautin hendak lah mendaftar kepada pengurusi kampong berkenaan.

* Tempoh menjadi ahli tidak terhad


2.0 TUJUAN PENUBUHAN PENGAWASAN KEJIRANAN KAMPONG

* Tujuan Pengawasan Kejiranan Kampong di tubuhkan adalah bertujuan bagi memberikan kefahaman dan kesedaran kepada orang ramai tentang tanggungjawab mereka dalam sama-sama menjaga keamanan dan kestabilan Negara

* Berkerjasama dengan Ketua Kampong dalam menjaga keamanan persekitaran kampong.

* Memberi kerjasama kepada Pasokan Polis Diraja Brunei dalam sama-sama mencegah jenayah

* Memberi kefahaman dan kesedaran kepada penduduk kampong dalam melindungi diri mereka dari kegiatan atau kejadian jenayah

* Membantu jiran dalam menjaga rumah dan kesejahteraan penghuninya.

* Mengamalkan sifat hormat-menghormati antara satu dengan lain dalam sesebuah kampong dan menyemaikan rasa muhibah serta kesefahaman

* Memberi bantuan dan kerjasama kepada Penghulu dan Ketua Kampong dalam memelihara atau menjaga persekitaran kampong supaya sentiasa dalam keadaan aman.

* Membuat atau menyusun program kerja bergotong-royong yang melibatkan belia dan anak-anak buah kampong dalam hal mencegah jenayah di kawasan kampong.

* Menyalur sebarang maklumat yang berkepentingan seperti keselamatan atau jenayah kepada Pasokan Polis Diraja Brunei.

* Menyampaikan nasihat dan maklumat yang di terima daripada Pasokan Polis Diraja Kepada penduduk kampong.


3.0 TUGAS AHLI PENGAWASAN KEJIRANAN KAMPONG

Ahli Pengawasan Kejiranan Kampong secara sukarela membuat tugas seperti berikut:

* Menjaga keamanan ,keselamatan dan kesejahteraan persekitaran kampong.

* sentiasa mematai-mematai keselamatan jiran dan penduduk di persekitaran kampong

* Mengambil perhatian dan mengawasi gerak-geri pendatang atau orang yang tidak di kenali masok dan tinggal di persekitaran kampong.

* Mengawasi setiap majlis atau acara keramaian dalam kampong demi menjaga keamanan dan kesejahteraan.

* Membuat rondaan pada waktu yang bersesuaian secara bergilir-gilir untok mencegah terjadi nya kes-kes jenayah.

* Membuat kerja bergotong-royong seperti membersehkan sesebuah kawasan atau bangunan supaya tidak disalahgunakan oleh anasir-anasir yang tidak di ingini bagi keselamatan penduduk kampong.

* Memantau pergerakan pendatang yang masok dan tinggal dalam sesebuah kampong.

* Mengawasi orang yang merayau-rayau di kawasan atau persekitaran kampong yang mencurigakan.


4.0 TINDAKAN YANG TIDAK BOLEH DIBUAT ATAU DILAKUKAN OLEH AHLI PENGAWASAN KAMPONG

Ahli Pengawasan Kejiranan Kampong BUKAN ANGGOTA POLIS DIRAJA BRUNEI dan adalah satu kesalahan kepada sesiapa yang melakukan tugas sebagai anggota Polis Diraja Brunei seperti berikut:

* Memasoki sebuah bangunan atau rumah dengan tujuan untok memeriksa atau mengeledah.

* Membuat atau mengadakan SEKATAN JALAN RAYA (ROAD BLOCK).

* Membuat atau mengadakan pemereksaan ke atas bot,perahu atau kapal.

* Menahan seseorang dan memeriksa tubuh badan dengan tujuan mendapatkan sebarang DOKUMEN / PASPORT / KAD PENGENALAN.

* Menyebabkab atau mendatangkan KECEDERAAN kepada seseorang yang merau atau menjumpai di kawasan persekitaran kampong

* Menahan atau mengurong seseorang dalam PONDOK KAWALAN ATAU RUMAH dengan tujuan untok menyusahkan ,memalukan atau menjatuhkan maruah

* Menahan seseorang dan menangkap dengan dengan tidak menyerahkan kepada pegawai polis,Balai Polis atau Pos Polis yang berdekatan.

* Membuat atau melaporkan ADUAN (REPORT) yang palsu dengan tujuan untok menyusahkan dan menjatohkan maruah seseorang yang di tangkap atau ditahan.

* Tidak melaporkan kejadian kes jenayah yang ia tahu berlaku di persekitaran kampong kepada pihak polis atau pihak yang berwajib mengikut undang-undang.

* Dengan sengaja atau bersubahat dalam melakukan sebarang kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang.

* Memberi perlindungan atau bantuan kepada PENDATANG HARAM memasoki kawasan persekitaran kampong.

No comments: