Tarikh 19 Ogos 2007
Maa: 5.00 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Surau Kampong Mulaut
Aktibiti ini di kendalikan bersama oleh Pengawasan Kejiranan Kampong dan Takmir Masjid.Aktibiti di mulakan dengan sembahyang suboh berjamaah dan di ikuti oleh kuliah Subuh yang di sampaikan oleh Ustaz Awg.Hj.Ismail,dari Jabatan Dakwah Islamiah,yang di antara tajuk di sentuh ialah, mengenali jiran,kewajipan ke atas jiran,hukum berjiran dalam ugama dan Tangong jawab berjiran.
Seterus nya aktibiti Riadah yang bermula jam 7.30 pagi untok 'memanaskan badan"di lakukan perkarangan surau dan di susuli dengan "walkton'merentas Kampong sepanjang dalam 3 kM melalui jalan Lampaki kecil, ke jalan Lampaki ,keluar ke Jalan raya Mulaut/Limau Manis dan kembali semula ke Surau Mulaut. Lebeh dari 50 ahli mengikuti Riadah ini.
Sebelum majlis penyampaian lancana di langsongkan, Pengurusi telah memimpin para hadirin untok membaca surah Al-Fatiah beramai ramai di hadiahkan kepada ahli ahli Pengawasan Kejiranan Kampong lantikan 1995 yang telah meninggal dunia , iaitu Allahyarham Awg.Hj.Rasit bin Hj. Bandul ( Penesihat PKK tahun 1995 ),Allahyarham Awg.Mohd Ali bin Hj. Jumat, Allahyarham Awg.Karim bin Hj. Bandul,Allahyarham Awg.Rosli bin Hassan, dan Allahyarham Awg. Hj. Metusop bin Japaruddin.
Majlis penyampaian lancana bermula jam 9.00 pagi di mulai oleh pengurusi PKK ( Hj.Abd.Rahman ) menyampaikan sedikit taklimat mengenai Fungsi dan Tujuan Penubuhan Pengawasan Kejiranan Kampong berasaskan buku panduan yang di terbitkan oleh Pihak Pasokan Polis Diraja Brunei.Penyampaian lencana di mulakan dengan penyampaian lencana kepada Penasihat Pengawasan Kejiranan Kampong Mulaut ( Awg.Hj.Jait bin Hitam,Ketua Kampong Mulaut) oleh Wakil Ketua Perhubungan Awam Polis, Inspector Awg.Hj.Besar bin Hj.Mahali.

Lencana dan Waran Pengenalan PKK
Lebeh dari 20 ahli telah menerima lencana dari Yang Mulia Hj. Jait bin Hitam selaku Penasihat Pengawasan Kejiranan kampong Mulaut.
No comments:
Post a Comment